TEMPAT
Permainan ini sesuai dimainkan di halaman rumah atau di kawasan padang.
PERALATAN
Permainan in tidak memerlukan sebarang peralatan.
PEMAIN
Bilangan pemain tidak dihadkan, tetapi sebaik-baiknya melebihi enam orang.
KEDUDUKAN PEMAIN
- Pemain dan Tukang Jadi berdiri mengikut garisan.
- Jarak di antara garisan A dan garisan B ialah lebih kurang tujuh meter.
LANGKAH-LANGKAH PERMAINAN
- Undian dilakukan untuk menentukan pemain yang akan berperanan sebagai Tukang Jadi.
- Setelah semua pemain berada di kedudukan masing-masing, Tukang Jadi akan menyebut A.E.I.O.U.
- Pemain akan bergerak selangkah ke hadapan semasa Tukang Jadi meyebut A.E.I.O.U.
- Tukang Jadi menyebut A.E.I.O.U. dengan pantas sambil melihat ke belakang selepas menyebut huruf 'U'.
- Sekiranya Tukang Jadi dapat mengesan pemain yang masih bergerak ketika itu, Tukang jadi akan menyebut nama pemain tersebut.
-
Pemain yang disebut namanya oleh tukang jadi perly bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kanan tukang jadi.
- Sewaktu pemain bergerak ke arah Tukang Jadi, kemungkinan pergerakan bebrapa orang pemain dapat dikesan oleh Tukang Jadi.
- Apabila jarak pemain semakin menghampiri Tukang Jadi, salah seorang pemain perlu bergerak dan menyentuh Tukang Jadi.
- Tukang Jadi yang telah disentuh oleh pemain tersebut akan mengejar pemain-pemain untuk menyentuh salah seorang pemain.
(Sama ada pemain yang berdiri di kanannya atau yang berada di belakangnya). - Pemain yang berjaya disentuh, akan bertukar perannannya sebagai Tukang Jadi.
- Permainan boleh diteruskan mengikut cara yang sama.
PERATURAN PERMAINAN
- Pemain-pemain perlu berada di kedudukan yang telah ditetapkan.
- Pemainan akan dimulakan setelah semua pemain bersedia.
- Tukang jadi tidak boleh bergerak, kecuali memusingkan badannya untuk melihat pergerakan pemain selepas dia menyebut huruf "U".
- Semua permainan perlu bergerak selangkah ke hadapan (ke arah Tukang Jadi) sewaktu Tukang Jadi menyebut A.E.I.O.U.
- Jika Tukang Jadi berjaya mengesan pergerakan pemain dan menyebut nama pemain tersebut, pemain itu perlu berdiri di sebelah kanan Tukang Jadi.
- Apabila salah seorang pemain menyentuh belakang Tukang Jadi, semua pemain perlu berlari ke arah garisan B (termasuk pemain-pemain yang berdiri di sebaelah kana Tukang Jadi) untuk menyelamatkan diri daripada disentuh oleh Tukang Jadi.
- Pemain yang berjaya disentuh oleh Tukang Jadi akan bertukar peranan menggantikan Tukang Jadi.
- Permainan diteruskan mengikut cara dan peraturan yang sama.
- Permainan boleh ditamatkan apabila semua pemain bersetuju untuk berhenti bermain.